Sunday, 10 February 2013

Doa seorang ibu.

Ibu
 

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


-----
Pengorbanan seorang ibu tidak dapat ditandingi. Kasih sayang seorang ibu hanya tuhan saja yang tahu. Saya sangat bersyukur kepada allah kerana saya dapat seorang ibu yang sangat  menyayangi keluarganya. Saya sangat menyayangi ibuku. Beliau telah banyak ajari aku tentang hidup. Aku bersyukur tuhan masih panjangkn umur ibuku dan juga tidak putus melimpah rezeki kepada ibuku. Bukan itu sahaja, beliau sangat penyayang and mengutama keluarganya dahulu daripada orang lain. Mengurus rumah tangga dengan sempurna, memastikan makan minum cukup, memastikan pakaian suami and anak2 terjaga. Walaupun kehidupan  kami sederhana, kami bersyukur dengan apa yang kami miliki sekarang. Ibu ku yang telah banyak saya pelajari. Dia telah banyak ajar ku untuk tidak menyombong dan menghina orang yang lagi miskin dari kita. Ibuku juga mengajar untuk  menolong orang yang susah dan rajin menderma. Selain itu juga, ibuku telah banyak terima ujian dari allah. Hidup beliau tidak sesenang sekarang. Macam2 liku hidup dia harus lalui. Ketekunan dan tidak berputus asa buat beliau kuat untuk lalui cabaran ini. Terus terang, tiada orang boleh jadi macam ibuku. Ibu selalu ingin melihat ku berjaya dan dia lah banyak beri galakkan. Ibuku suruh ku mengambil lesen kereta, kerana dia saya lulus. Apa yang buat ku sangat tersentuh apabila melihat ibuku berkerja kerja untuk melihat ku berjaya. Walaupun mengambil lesen kereta itu mahal, ibukku tidak kisah, dia berkerja keras hanya untuk aku belajar kereta. Alhamdulilah. Terima Ya Allah.

Ibuku selalu berpesan, *Myra, walaupun kita hidup susah macam mana pun. Ibu akan selalu jaga pakai minum kau. Kita tidak boleh tunjuk orang yang kita ni susah. Pakaian kita mesti dijaga. Tuhan tidak suruh kita jadi selekeh. Kita harus jaga kebersihan dan terampilan wanita. dari situ saya sedar, betapa pentingnya kita sebagai seorang wanita untuk menjaga personaliti kita. Menjaga kecantikan bukan hanya diluaran, tapi juga dalaman. Tingkah laku juga memainkan peranan penting. Kesopanan, beradab dan kehormatan. Jika kita tidak ada semua itu, tiada gunanya kalau kita bersusah payah untuk menjaga kecantikan kita tetapi tidak beradab.

Saya sangat bersyukur dengan apa saya ada sekarang. Nasihat ibuku buat aku berubah personaliti aku. Dari dulu saya selekeh dan tidak pandai mengemaskan diri sendiri, kini alhamdulilah saya telah banyak berubah, pakaian saya lebih kemas dan terjaga.




Mummy i will always love you! Thank you for what you have done for me!